mcmc
Kisah Kejayaan

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT: MOHAMMAD ANIS BIN RAIS

NamaMOHAMMAD ANIS BIN RAIS
Umur: 18 tahun
Ahli: 2023

Kisah Kejayaan

Mohammad Anis bin Rais merupakan antara peserta aktif di NADI Felda Umas yang sentiasa mengambil peluang untuk menambah ilmu dan mengasah bakat melalui pelbagai program yang dianjurkan. Beliau sering menghadiri Proram yang dianjurkan seperti Hari Bersama Komuniti, yang menjadi platform untuk membina keyakinan diri dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Selain itu, penyertaannya dalam Pertandingan MLBB peringkat saringan menunjukkan minat dan kemahirannya dalam bidang e-sukan, sekaligus membuka ruang untuk beliau mengembangkan bakat secara lebih kompetitif.

Tidak hanya dalam aktiviti komuniti dan e-sukan, Anis juga komited dalam pembelajaran apabila mengikuti Program Tusyen Delia, yang membantu meningkatkan prestasi akademiknya. Kesungguhan serta penyertaan berterusan Anis dalam program-program NADI membuktikan bahawa beliau ialah contoh pelajar yang bermotivasi dan berdaya maju, serta berpotensi menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain.