mcmc
Kisah Kejayaan

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : E-SUKAN-ROSNIZAM AFFENDY BIN KAMIS

NamaROSNIZAM AFFENDY BIN KAMIS
Umur: 20 tahun
Ahli: 2024

Kisah Kejayaan

Rosnizam Affendy Bin Kamis merupakan ketua pasukan yang mewakili NADI Felda Umas dalam pertandingan Mobile Legend Bang Bang. Pada musim pertama NADI E SUKAN pasukan FANATIC yang diketuai oleh beliau telah mencipta satu sejarah membanggakan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan NADI E-Sukan Peringkat Negeri. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa bakat dan komitmen generasi belia luar bandar mampu bersaing di pentas lebih besar.

Team FANATIC dibentuk oleh sekumpulan belia Felda Umas yang berkongsi minat mendalam terhadap e-sukan. Walaupun berlatih dengan kemudahan yang terhad, mereka menebus kekurangan itu dengan kesungguhan tinggi, rutin latihan konsisten, dan semangat berpasukan yang kukuh

Selepas dari pertandingan tersebut, banyak lagi pertandingan mobile legends yang mereka sertai dan menjuarai beberapa siri perlawanan di peringkat daerah Tawau untuk meningkatkan lagi kemahiran dan Teknik permainan team mereka.